Thursday, 11 July 2013

Belajar buat corak swirl

Saya ni kalau ada waktu free sure surf kat youtube..cuba tengok apa resepi yang menarik. Surf punya surf jumpa la satu video 'cheesecake swirl'.
Dari idea tu saya buat ke atas kek marble saya.





Atas adunan kek saya tu saya letak coklat yang telah dicairkan. Kemudian dengan menggunakan chopstick saya buat corak.


Chopstick tuh diputar2 sehingga menjadi corak yang menarik. Ikut suka ler nak corak corek camna pun janji dia cantik, menarik dan sedap di makan..





Ini rupa marble kek saya yang telah masak. Kek ni kawan ofis yang order. Dia  kata anak2 dia suka dengan butter kek saya....Najayati nama dia dan dia memang selalu order butter kek saya...Terima kasih naja....

Kengkawan bole gak tengok video nih tuk lebih faham.





Wednesday, 10 July 2013

 

 

KEK KARAMEL

Bahan-bahan:

A. Gula Hangus
     2 sudu besar gula pasir

Cara-cara:
1. Sediakan loyang bulat 8 inci
2. Taburkan gula dalam loyang dan masak atas api perlahan. Biar gula hancur dan berwarna perang.
3. Ratakan gula dengan menyengetkan loyang kiri dan kanan. Biarkan gula sejuk dan ketepikan.

B. Adunan Karamel
    1/2 tin susu sejat
     70g gula kastor
     1/2 sudu teh esen vanila
     3 biji telur kuning

Cara-cara:
1. Kacau susu dan gula hingga larut
2. Dalam bekas lain kacau telur dan esen perlahan
3. Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan jer. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi. Ketepikan.
* Klu nak lapisan karamel tebal gandakan sukatan susu dan telur

C. Adunan Kek bahan 1
    70g gula kastor
     3 biji telur kuning
     135ml air
     45ml minyak masak/jagung
     140g tepung kek/tpg gandum + 1 sudu teh baking powder(ayak)

Cara-cara:
1. Pukul kuning telur, minyak, air sampai gebu ke warna putih.
2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
3. Matikan mixer dan masukkan tepung sedikit sedikit.
4. Kacau perlahan secara kaup balikkan hingga bergaul sempurna. Ketepikan.

D. Bahan Meringue
    6 biji telur putih
    70g gula kastor
    1 sudu teh krim of tar tar

Cara-cara:
1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering. Masukkan putih telur dan pukul sebentar sehingga berbuih.
2. Masukkan gula dan tartar dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental.
3. Masukkan 1/3 meringue ke dalam adunan kek tadi. Gaul rata secara kaup balik.
4. Kemudian masukkan baki meringue dan ratakan dengan kaedah kaup balik hingga sempurna. Kacau perlahan sahaja.


5. Bahagikan adunan tadi kepada 2 dan warnakan ikut suka. Kemudian masukkan adunan tadi berselang seli sehingga habis.
6. Bakar secara steambath  dengan suhu 160 darjah selama 1 jam/ sehingga kek masak.



   
 



Tuesday, 9 July 2013


Kek Cawan Coklat dan Keju








Bahan-bahan:

Adunan Keju:

250g krim cheese
1 biji telur
1/4 cawan gula kastor

Adunan Kek Coklat:

110g mentega dalam tin/majerin
100g gula kastor
2 biji telur
110g tepung kek
4 sudu makan serbuk koko
2 sudu teh susu segar
1 sudu teh esen vanilla

Hiasan:

Coklat chip

Cara Membuat:

1. Untuk adunan keju: Pukul keju sehingga lembut. Akhir sekali masukkan gula dan telur, pukul sampai gebu.Masukkan adunan ke dalam piping beg dan ketepikan.

2. Di dalam bekas lain, pukul mentega dan gula kastor sampai gebu. Masukkan telu sebiji demi sebiji bersama vanila. Pukul sampai kembang.

3. Masukkan tepung kek yg telah diayak bersama serbuk koko tadi. Kacau berselang seli dengan susu segar.

Bakar pada suhu 180 darjah selama 23 minit.


 



Friday, 17 May 2013

Saturday, 11 May 2013

Resepi Oreo cheese Kek

Oreo Cheese





Bahan-bahan:

250g krim keju
65g gula kastor
60ml whipping krim
15g tepung jagung
2 biji telur putih
40 keping biskut oreo ( dibuang krim)
25g mentega cair

Cara membuatnya:

Kisar biskut oreo sehingga hancur dan gaulkan bersama mentega cair. Tinggal sedikit utk hiasan
Masukkan ke dalam acuan dan tekan rata dan padat-padatkan pd dasar loyang
Pukul krim keju, separuh gula dan whipping krim sehingga kembang
Dalam mangkuk lain, pukul putih telur dan gula sehingga bertanduk
Masukkan 1/3 adunan putih telur dan masukkan ke dalam adunan krim keju tadi dan kacau perlahan
Kemudian adunan krim keju dimasukkan ke dalam lebihan putih telur tadi dan kacau sebati
Patahkan biskut oreo ke dalam adunan dan kacau sehingga rata
Tuang ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 darjah C selama 45 minit. Alas loyang dgn air suam semasa membakarnya (waterbath)


 

Oreo Cheese Kek

Oreo Cheese Kek

Dalam peti ais ada lebihan cream cheese baki buat cheese tart. Maklum ler cheese ni mana tahan lama...nak buat apa tah....pastu ada lak biskut oreo...mmm buat oreo cheese jer la...ini ler hasilnya...


 

Friday, 10 May 2013

Resepi Hokkaido cupcakes

Hokkaido Cupcakes



Bahan-bahan:

4 biji telur kuning
30g gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
40ml susu uht
40ml minyak sayuran
55g tepung kek
20g tepung kastad
1 sudu teh baking powder

4 biji telur putih
1/4 sudu teh garam
80g gula kastor

Custard filling
100g Instant custard
700ml susu sejuk

Cara membuatnya:

Panaskan oven pada 170 darjah
Ayak tepung kek, tepung kastad dan baking powder sebanyak 3 kali dan ketepikan
Pukul telur kuning dan gula sehingga kembang dan masukkan susu, esen vanila dan minyak dan pukul hingga sebati
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul sehingga sebati
Dalam bekas lain, pukul putih telur dan garam sehingga berbuih dan masukkan gula dan pukul sehingga bertanduk

Campurkan adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur tadi dan gaulkan perlahan sehingga sebati
Masukkan adunan  ke dalam cawan kertas dan bakar pada suhu 18o darjah C selama 20 minit
Bila kek sudah sejuk, paipkan custard filling ke tengah kek