Mabul dalam kenangan 2009


Pertama kali pergi organize holiday dengan kengkawan ke Pulau Mabul, Semporna Sabah. Amik package 3H2M fullboard cuma RM350 . Naik Airasia murah sikit masa tu baru RM200 return.Selama 3 hari di sana banyak aktiviti yang kami lakukan. Tambah lak si jeff ( tour guide) tu memang friendly orangnya. Memang tak kering gusi ler mendengar celoteh dia.


Sebelum ke Mabul saya dan 5 orang rakan yang lain ke Tawau dulu. Kumpulan kedua akan tiba pada keesokannya. Di Tawau kami menginap di Kingston Hotel. Esok pagi baru kami gerak ke Semporna utk ke Pulau Mabul.
Sempat lagi singgah pejabat pos tuh..


Kami seramai 20 orang terus gerak ke Pulau Mabul.Tak sabar2 rasanya nak mandi laut dan snorkelling. Mmmm mesti cantik tempat dia kan.
Dah simpan beg dalam bilik apa lagi kita makan dulu. Lapar da...bila dah kenyang baru ler trainer bawa gi training snorkelling kat pantai di pulau tuh.
Tak sabar2 nak gi terjun wat snokelling

dah penat snorkelling kita posing lak
Petang tuh kami berenang dan mandi di pantai berdekatan saja. Esok baru plan ke Pulau Kapalai lagi cantik tempat tu. Snorkelling lagi...XD
Kapalai ni resort di tengah laut...cantik..

Air dia cetek dan jernih.
Cantik pemandangan di sini. Coral dan ikan2 dia pun cantik...



Malam lak aktiviti lepak sambil bercerita dan mendengar jeff menyanyi. Ntah dari mana diaorang ni dpt salah info kata masa tu birthday saya. Dah si Jeff tu belikan kek konon nak buat suprise. memang suprise pun sebab birthday kita ogos da.


sebab dah beli kek makan jer la
lepak selepas perut kenyang

waktu subuh dlm pukul 4.30 pagi

Dah tiba waktu nak balik ke KL. Sumer orang macam tak berapa happy. Maklum ler dah 3 hari relax dan tenang dari kesibukan kota KL tuh. Kat sini memang best dan damai la....warghh...dah nak balik ker...Sebelum balik mari kita gi shopping dulu...XD
sebelum balik amik gambar kenangan dulu.

melihat hasil kraf tangan org Pulau Mabul..harga berpatutan

dah shopping kat Semporna da...
Percutian yang amat seronok. Bercuti bersama rakan2 memang tak jemu tambah lak geng yang satu kepala. Lagi ler enjoy. Ntah bila pulak kita bole bercuti lagi bersama2. Semoga akan ada lagi percutian yang menarik. Mungkin saya bole organize lagi utk trip yang akan datang. Tapi tak tau ler dapat sambutan atau tak sebab sekarang masing2 dah ada komitmen. Mungkin ada...mana tahu...
Jumpa lagi kengkawan.







3 comments:

  1. huhu bila lak nak gi lagi sana
    tapi memori tu masih segar dalam ingatan

    ReplyDelete
  2. bila nak ke sana lagi tp sure x semeriah kali pertama datang

    ReplyDelete
  3. uih...kita gi tempat lain lak ler....cari geng ler pulak nanti sure ramai yg nak ikut...

    ReplyDelete