KEK KARAMEL
Bahan-bahan:A. Gula Hangus
2 sudu besar gula pasir
Cara-cara:
1. Sediakan loyang bulat 8 inci
2. Taburkan gula dalam loyang dan masak atas api perlahan. Biar gula hancur dan berwarna perang.
3. Ratakan gula dengan menyengetkan loyang kiri dan kanan. Biarkan gula sejuk dan ketepikan.
B. Adunan Karamel
1/2 tin susu sejat
70g gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 biji telur kuning
Cara-cara:
1. Kacau susu dan gula hingga larut
2. Dalam bekas lain kacau telur dan esen perlahan
3. Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan jer. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi. Ketepikan.
* Klu nak lapisan karamel tebal gandakan sukatan susu dan telur
C. Adunan Kek bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak/jagung
140g tepung kek/tpg gandum + 1 sudu teh baking powder(ayak)
Cara-cara:
1. Pukul kuning telur, minyak, air sampai gebu ke warna putih.
2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
3. Matikan mixer dan masukkan tepung sedikit sedikit.
4. Kacau perlahan secara kaup balikkan hingga bergaul sempurna. Ketepikan.
D. Bahan Meringue
6 biji telur putih
70g gula kastor
1 sudu teh krim of tar tar
Cara-cara:
1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering. Masukkan putih telur dan pukul sebentar sehingga berbuih.
2. Masukkan gula dan tartar dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental.
3. Masukkan 1/3 meringue ke dalam adunan kek tadi. Gaul rata secara kaup balik.
4. Kemudian masukkan baki meringue dan ratakan dengan kaedah kaup balik hingga sempurna. Kacau perlahan sahaja.
5. Bahagikan adunan tadi kepada 2 dan warnakan ikut suka. Kemudian masukkan adunan tadi berselang seli sehingga habis.
6. Bakar secara steambath dengan suhu 160 darjah selama 1 jam/ sehingga kek masak.
No comments:
Post a Comment