Saturday, 11 June 2011

PETUA DAPUR

Enakkan Ikan Bakar

Ikan bakar memang enak dimakan terutama ketika dicicah bersama air asam. Ada pelbagai cara untuk melazatkan ikan bakar dan salah satu caranya adalah dengan menyapu sedikit majerin atau mentega pada ikan. Kemudian bakarlah seperti biasa. Hasilnya anda akan dapati ikan bakar lebih enak dan lazat.


Kerang Rebus Enak dan Tidak Melekat

Kerang memang enak dimakan sama asa dimasak secara goreng atau merebusnya. Untuk mendapatkan kerang rebus yang enak dan tidak melekat, kukus kerang bersama hirisan bawang merah selama 8 minit. Hasilnya, isi kerang tadi menjadi segar, enak dan mudah dikeluarkan dari kulitnya.

No comments:

Post a Comment