Monday, 28 March 2011

Mulanya pembabitan dalam dunia bisnes

Salam sumer,
Nak citer sikit camna saya leh terjebak dalam dunia bakeri nih. Sebelum  ni saya cuma berniaga secara kecil2an jer. Kebanyakan customer saya cuma kengkawan di tempat kerja jer. Mula2 tu cuma jual pelbagai jenis kerepek, tart nenas, semprit, belinja flakes dan pelbagai jenis jajan. Sumer produk2 ni saya amik dengan kengkawan yg tolak kepada saya dengan hg borong.Cuma kue siput saya buat sendiri.

Asalnya berniaga sekadar untuk menambah pendapatan tapi bila dah dapat imbalan yang agak bagus maka terus seronok lak. Walaupun kadang2 tu untung dia tak seberapa pun tapi kepuasan yang kita dapat dari berniaga tu tak terhingga rasanya. Mungkin kerana minat kot, ada orang kata apabila kita buat perkara yg kita suka kita akan lebih puas dengan hasilnya.
Sebenarnya masa saya belajar di ITM lagi saya dah start berniaga kecil2an nih...heheheh masa tu takat jual jajan dan maggi. Amik kat kedai runcit di Pekan Dungun pastu jual di hostel. Klu nak kira untung tu tak de besar mana pun tapi sebab seronok tengok duit tu dari RM10(modal) jadi RM12 stelah campur untung ler. Bole la...

Lagipun bisnes saya ni pun bukan ler besar mana pun...cuma buat untuk tempahan dari kawan, sahabat handai dan juga sedara mara....dan saya berdoa moga hasil usaha dari hobi ini akan menjadi bisnes yg berjaya...Aminnn....


No comments:

Post a Comment